Pages

Saturday, September 22, 2012

Buat Insan Yang Pernah Singgah di Hati Ini

Semalam awak datang dalam hidup saya. Saya cuba berikan cinta semampu yang saya tahu. Awak ajar saya, apa itu kasih sayang, awak ingatkan saya apa itu rindu. Tapi tiba-tiba awak hilangkan diri. Tanpa beritahu apa salah saya sebenarnya.
Hari ini, saya cuba jadi kuat. Cuba menjadi tekad seperti mana diri saya sebelum awak muncul dalam hidup saya. Andai kata, di luh mahfuz memang sudah tertulis nama awak sebagai takdir hidup saya, saya terima dengan hati yang terbuka. Sebab saya masih sayangkan awak.
Tapi jika yang lain tertulis bahawa "dia" adalah jodoh saya yang sebenarnya, saya minta satu sahaja. Doakan saya mampu lupakan awak. Sebab saya mahu mencintai pasangan dunia dan akhirat saya setulus hati. Kerana dialah "pelengkap buat kaki saya melangkah ke Jannah".